::::::::::.Anok Qlate.::::::::::

DI BAWAH BAYU DESTINASI KEMBARAKU

Mp3

SELAMAT BERPUASA SEMOGA RAMADHAN INI MEMBERI KITA KESABARAN,KEBERKATAN DAN MEMPERBAIKI AMAL IBADAT.
Jun
27

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati di antara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH

1) Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau2 terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.

6) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan

8) Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10) Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11) Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah

13) Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.

14) Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16) Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17) Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

Jun
27

calon isteri....

Ceritanya begini, suatu hati di Kampung Pandan, Kuala

Lumpur,ada seorang ibu yang gusar kerana anak sulung

lelakinya tak kawin-kawin lagi, so satu hari, si ibu

pon bawakla calon-calon yang dirasakan sesuai untuk

menjadi bakal menantunya,

dia pun menjemput kesemuanya kedalam rumahnya.Lalu

memanggil anak sulong lelakinya untuk memilih kut

yang mana-mana dia berkenan...

CALON PERTAMA:

ciri-ciri : Kulit cerah, rambut ikal

mayang, pipi gebu, BUKIT besar.....

Pekerjaan : Operator telefon merangkap

receptionist

Si anak lelaki menolak calon pertama. Siibu

bertanya mengapa

dia menolak, lalu sianaknya pon berkata:

" Ala Mak...nih tak syiioookkkk. ...dia nih

selalu cakap

SILA TUNGGU SEBENTAR,TUNGGU SEBENTAR"


CALON KEDUA:

Ciri-ciri : Kulit sawa matang, mata bulat

dan besar,badan 100% bergetah, BUKITnya Just nice

Pekerjaan : Setiausaha

Lalu sianak lelaki berkata "Nih lagi tak

syyiiiooookkkk. ..asyik-asyik

HARAP BERSABAR...BERSABAR "



Siibu pon gelisah kerana kebanyakkan calon

yang ditunjukkan tidak memenuhi kriteria anak

lelakinya...

lalu dia pon menjemput calon terakhir...


CALON TERAKHIR:

Ciri-ciri : Kulit gelap-gelita, mata sepet

sikit, badan 99.99999%

bergetah, BUKITnya kurang memuaskan

Pekerjaan : Guru.

Tanpa segan silu dan memikir panjang lalu si

anak lelaki ini bersetuju

untuk memilih calon ini. Lalu si ibu pon

pening kepala lalu bertanya

kepada anak lelakinya mengapa dipilih calon

ini.


Lalu anaknya pun memberitahu. .. "Hah! mak nih la

syyiookkk sikit...kalau cikgu best

sikit..pasal diaselalu cakap ULANG SEKALI

LAGI, BUAT BANYAK-BANYAK, SALAH

NIH,BUAT MACAM NIH 10 KALI LAGI,

TERUSKAN..HAH. .TERUSKAN DAH BETUL TUH..."



Tiba-tiba adik ! lelaki tersebut yang berumur

10 tahun menyampuk plak... "Bang!!!.... Konduktor bas

mini lagi bagus bang....

Diorang selalu cakap...."NAIK CEPAT,NAIK

CEPAT...MASUK, MASUK.... .

MASUK LAGI, DALAM LAGI...DALAM

LAGILAAAAHHHHHHHHHH HHHH,

MASUK BELAKANG.... BELAKANG LAGI,LAGI

BELAKANG SANA

...BELAKANG BANYAK KOSONG!..... .

Jun
27


Islam amat menekankan
kawalan terhadap hati agar tidak mudah
terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak
melalui amalan seperti doa dan sebagainya. Antara
doa yang patut diamalkan :

" Ya Allah, Kurniailah aku cinta-Mu dan
cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang
cinta kepada orang yang boleh hampir
kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap
Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air
yang sejuk"

Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti
cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau
menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan
Allah.
Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia
mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada
Allah. Oleh itu jika kita sudah "fall in love",
pastikan apakah
cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau
cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di
dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau
cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna
cinta itu didorong oleh nafsu.
Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa
dipinta. Atau dalam erti kata yang lain "cinta pandang
pertama" yang sememangnya tidak diundang yang boleh
menganggu minda dan imaginasi. Dalam keadaan
yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan
doa tadi. Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan
berdoa :
" Ya Allah, aku suka orang ini,
kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk
aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh
kami. Jadikanlah dia isteri (atau
suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah"

"if you love someone" mintalah kepada Allah
yang
mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai
itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk
menjadikan makhlukNya suka atau tidak.

alam percintaan adalah suatu jambatan
yang mengubah masa depan manusia yang merentasinya.
Oleh itu, alam percintaan adalah suatu persediaan
untuk mengenali dan memahami erti
tanggungjawab.
Manusia yang bercinta sentiasa menghadapi tekanan
saraf dan perasaan. Sewajarnya manusia yang melalui
perkara tersebut belajar menghayati erti
pengorbanan. Sekiranya seorang lelaki yang mencintai
perempuan tetapi dia tidak sanggup berkorban untuk
perempuan
tersebut maka cinta yang dilafazkannya adalah
palsu dan penuh kepura-puraan, Perempuan yang cerdik
tidak boleh mempercayai lelaki yang sebegitu dan
demikianlah sebaliknya.

Demi Masa

Kenali Saya

My photo
Kelantan-Melaka-P.Pinang-Kedah-Sabah

My Album

Tentang Blog Ini

Blog ini merupakan satu wadah informasi yang pelbagai untuk dikongsi oleh semua.Kebenaran dan kejujuran merupakan tunjung utama dalam paparannya.

Amaul Husna

Kalendar Islam

.: sYok.Org :
iluvislam

ChatBox

Sahabat

Bil.Pengunjung :