::::::::::.Anok Qlate.::::::::::

DI BAWAH BAYU DESTINASI KEMBARAKU

Mp3

SELAMAT BERPUASA SEMOGA RAMADHAN INI MEMBERI KITA KESABARAN,KEBERKATAN DAN MEMPERBAIKI AMAL IBADAT.
Jun
27


Islam amat menekankan
kawalan terhadap hati agar tidak mudah
terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak
melalui amalan seperti doa dan sebagainya. Antara
doa yang patut diamalkan :

" Ya Allah, Kurniailah aku cinta-Mu dan
cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang
cinta kepada orang yang boleh hampir
kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap
Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air
yang sejuk"

Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti
cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau
menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan
Allah.
Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia
mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada
Allah. Oleh itu jika kita sudah "fall in love",
pastikan apakah
cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau
cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di
dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau
cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna
cinta itu didorong oleh nafsu.
Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa
dipinta. Atau dalam erti kata yang lain "cinta pandang
pertama" yang sememangnya tidak diundang yang boleh
menganggu minda dan imaginasi. Dalam keadaan
yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan
doa tadi. Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan
berdoa :
" Ya Allah, aku suka orang ini,
kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk
aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh
kami. Jadikanlah dia isteri (atau
suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah"

"if you love someone" mintalah kepada Allah
yang
mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai
itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk
menjadikan makhlukNya suka atau tidak.

alam percintaan adalah suatu jambatan
yang mengubah masa depan manusia yang merentasinya.
Oleh itu, alam percintaan adalah suatu persediaan
untuk mengenali dan memahami erti
tanggungjawab.
Manusia yang bercinta sentiasa menghadapi tekanan
saraf dan perasaan. Sewajarnya manusia yang melalui
perkara tersebut belajar menghayati erti
pengorbanan. Sekiranya seorang lelaki yang mencintai
perempuan tetapi dia tidak sanggup berkorban untuk
perempuan
tersebut maka cinta yang dilafazkannya adalah
palsu dan penuh kepura-puraan, Perempuan yang cerdik
tidak boleh mempercayai lelaki yang sebegitu dan
demikianlah sebaliknya.

0 comments:

Post a Comment

Demi Masa

Kenali Saya

My photo
Kelantan-Melaka-P.Pinang-Kedah-Sabah

My Album

Tentang Blog Ini

Blog ini merupakan satu wadah informasi yang pelbagai untuk dikongsi oleh semua.Kebenaran dan kejujuran merupakan tunjung utama dalam paparannya.

Amaul Husna

Kalendar Islam

.: sYok.Org :
iluvislam

ChatBox

Sahabat

Bil.Pengunjung :