::::::::::.Anok Qlate.::::::::::

DI BAWAH BAYU DESTINASI KEMBARAKU

Mp3

SELAMAT BERPUASA SEMOGA RAMADHAN INI MEMBERI KITA KESABARAN,KEBERKATAN DAN MEMPERBAIKI AMAL IBADAT.
Aug
2

kisah 1

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya
diperiksa, dia bertanya:
" Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?"
"Dah tentu, " jawab doktor.

"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya
boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan
riang.

------------------------------------------------------------
kisah 2

Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, "Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut.

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu..., dan perempuan
tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada
dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan
senyap."

Sambil menarik nafas.. dan tersekat2 ..Doktor itu menjawab, "Ok, sekarang ambil
pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali. "Tuan Doktor," panggilnya
sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya,
tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk."

Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang
tersumbat , sekarang,mari saya periksa telinga makcik."

moral of the story : berjaga jagalah ketika lepaskan angin tu.. walaupun kita
tak bau.. tak dengar.. tak bermakna orang lain pun tak dengar gak ! hehehehe..

------------------------------------------------------------
kisah 3

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan,
mereka telah melukai jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

------------------------------------------------------------
kisah 4

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

0 comments:

Post a Comment

Demi Masa

Kenali Saya

My photo
Kelantan-Melaka-P.Pinang-Kedah-Sabah

My Album

Tentang Blog Ini

Blog ini merupakan satu wadah informasi yang pelbagai untuk dikongsi oleh semua.Kebenaran dan kejujuran merupakan tunjung utama dalam paparannya.

Amaul Husna

Kalendar Islam

.: sYok.Org :
iluvislam

ChatBox

Sahabat

Bil.Pengunjung :