Ayat Al-Kursi iaitu ayat 255 Surah Al-Baqarah yang digelar sebagai penghulu dari segala ayat di dalam Al-Quran, sesungguhnya mempunyai banyak fadhilat dan faedah bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Terdapat banyak Hadis Rasulullah S.A.W ( yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain) yang menerangkan fadhilat-fadhilat itu. Diantaranya ialah :
Sesiapa yang sentiasa beramal membacanya setiap kali selepas solat, nescaya dikurniakan
pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang
siddiqin iaitu syurga.
Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.
Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat, insya-Allah akan berhasil hajatnya.
Sesiapa yang menemui halangan atau kesusahan dalam usaha mencari rezeki, bacalah Ayat
Al-Kursi 170 kali. Insya-Allah akan terlepas dari kesusahan itu dan mudah rezekinya serta tercapai hajatnya.
Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali diikuti dengan solat hajat di tengah malam pada tempat yang sunyi dan bersih, insya-Allah akan berhasil hajatnya.
Sesiapa yang naik marah, bacalah Ayat Al-Kursi, insya-Allah akan dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya. Mereka yang rajin mengamalkan membaca Ayat
Al-Kursi dapat dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan.
Sesiapa yang ingin meningkatkan kecerdikan atau terang hati, amalkan membaca ayat
Al-Kursi 170. Amalan ini juga insya-Allah boleh mendapatkan petunjuk dari Allah
S.W.T.
Maksud Ayat Al-Kursi (ayat 255 Surah Al-Baqarah)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya),Yang tidak mengantuk usahkan tidur, Yang memiliki segala yang ada di langit yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) disisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang Mengetahui apa yang ada dihadapan mereka dan apa yang ada dibelakang mereka, sedang mereka tidak
mengetahui sesuatupun dari kandungan ilmu Allah melainkan apa yang Allah
kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan
kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan
kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya (alam langit dan bumi).
Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar
(kekuasaan-Nya).
Sebelum Ayat Al-Kursi diamalkan mengikut hajat masing-maing, elok solat sunat terlebih dahulu, seperti solat sunat Hajat, solat sunat Tahajjud atau solat sinat multak.
Mp3
Jul
12
Posted by
OhhAwe!
0 comments:
Post a Comment