::::::::::.Anok Qlate.::::::::::

DI BAWAH BAYU DESTINASI KEMBARAKU

Mp3

SELAMAT BERPUASA SEMOGA RAMADHAN INI MEMBERI KITA KESABARAN,KEBERKATAN DAN MEMPERBAIKI AMAL IBADAT.
Jul
12

Pengertian :
Solat Dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu dhuha,yakni pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan hinggalah matahari berada tepat ditengah-tengah langit(istiwak).Ada pun waktu yang paling utama ialah apabila cuaca sudah mulai panas.

Bilangan Rakaat Solat Dhuha :
Bilangan rakaat solat Dhuha yang paling banyak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ialah lapan(8) rakaat,dan menurut yang disabdakannya ialah duabelas(12)rakaat,sekurang-kurangnya dua(2)rakaat.

Banyak pendapat mengenai bilangan rakaat solat Dhuha ini tetapi secara kesimpulannya ramai ulama menyatakan bahawa sekurang-kurangnya bilangan rakaat solat Dhuha ialah dua rakaat dan sebanyak-banyaknya ialah lapan rakaat menurut riwayat yang kuat.

Cara Melakukan Solat Dhuha:
Sebagaimana solat-solat lain, maka sebelum melakukan solat Dhuha hendaklah terlebih dahulu membersihkan diri dengan berwudhuk. Kemudian berdiri mengadap kiblat sambil menetapkan niat di dalam hati.

Niat solat Dhuha ilah " Aku solat sunat Dhuha dua rakaat,kerana Allah Taala".

Kemudian mengangkat takbiratul ihram dan dilanjutakn dengan bacaan-bacaan dan zikir yang disunahkan. Seelok-elok surah yang elok dibaca ialah 'WA AL-SYAMSI WA DHUHA' dan 'WA AL-DHUHA"

Di dalam sujud akhir rakaat kedua, bacalah zikir 'YA WAHHAB'(Allah Maha Pemberi) sebanyak 41 kali.

Setelah beri salam bacalah zikir "YA BASITH" SEBANYAK 10 kali.Selepas itu baca pula ayat seribu dinar 3 kali dan disudahi dengan doa solat Dhuha iaitu:

"Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu dhuhaMu,kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu adalah keindahanMU,kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan itu adalah KekuasaanMu dan perlindungan itu adalah perlindunganMu.

Ya Allah jika rezekiku di atas langit, turunkanlah, jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, mudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah.

Berkat waktu dhuhaMu, KeagunganMu, KeindahanMu, KekuatanMu dan KekuasaanMu, limpah dan kurniakanlah kepada hamba-hambaMu."

0 comments:

Post a Comment

Demi Masa

Kenali Saya

My photo
Kelantan-Melaka-P.Pinang-Kedah-Sabah

My Album

Tentang Blog Ini

Blog ini merupakan satu wadah informasi yang pelbagai untuk dikongsi oleh semua.Kebenaran dan kejujuran merupakan tunjung utama dalam paparannya.

Amaul Husna

Kalendar Islam

.: sYok.Org :
iluvislam

ChatBox

Sahabat

Bil.Pengunjung :